HAK MILIK

Mari ambil tahu tentang hak pemilikan:

1. Pajakan Mukim – selalunya 99 tahun atau industri 66 tahun tetap boleh mohon untuk sambung dan kebanyakan pajakan milik melayu atau rizab melayu

2. Geran Mukim – atau geran kekal dan terbagi 2 iaitu geran putih atau semua bangsa boleh beli dan geran rizab melayu utk melayu saja. Geran ini kekal sampai bila-bila.
Sekatan kepentingan bermaksud kita tidak boleh jual atau beli sewenang-wenangnya perlu mendapat kelulusan pihak PTG atau Pihak Berkuasa Negeri atau MB, jika lulus barulah boleh jual/beli atau pindah milik.

Geran hak milik sementara bermaksud geran sementara sebelum geran sebenar dikeluarkan dan selalunya geran sementara tiada lagi tanda batu atau no lot dan kdg-2 tiada ukuran tetap lg dsbnya.
—————————————————————————————

HakMilik Tanah

1. Hakmilik tanah adalah hasil terakhir kepada pemberimilikan. Ia menjadi bahan bukti keempunyaan tanah. Pada asasnya hakmilik mengandungi dua maklumat penting iaitu siapa tuan punya tanah dan tanah mana dimilikinya.

Terdapat dua jenis hakmilik iaitu:
• Hakmilik Sementara.
• Hakmilik Tetap.

2. Dalam pendaftaran tanah, sesuatu tanah dikenal pasti melalui rujukan ukur. Sebelum hakmilik tetap didaftarkan, tanah itu diukur dan tanda-tanda sempadan ditanam diatasnya. Pelan tanah disediakan dan diperakukan oleh Pengarah Ukur Negeri. Pelan tanah yang telah diakui dipindahkan ke borang hakmilik tetap. Sementara menunggu kerja-kerja mengukur diselesaikan, hakmilik sementara disediakan.

HakMilik Tetap

Hakmilik tetap terbahagi kepada 2 iaitu:
1. Hakmilik Pejabat Pendaftar.
2. Hakmilik Pejabat Tanah.
Hakmilik Pejabat Pendaftar didaftarkan oleh Pendaftar Hakmilik di Pejabat Pendaftaran Hakmilik (satu di setiap negeri – ibu negeri) dan hakmilik Pejabat Tanah didaftarkan oleh Pentadbir Tanah di Pejabat Tanah bagi satu-satu daerah (satu di setiap daerah atau daerah kecil).

HakMilik Sementara

Hakmilik sementara terbahagi kepada 2 iaitu:
1. Hakmilik sementara bersamaan dengan hakmilik Pejabat Pendaftar.
2. Hakmilik sementara bersamaan dengan hakmilik Pejabat Tanah.
Hakmilik sementara bersamaan dengan hakmilik Pejabat Pendaftar didaftarkan untuk tanah yang akhirnya akan dipegang di bawah geran atau Pajakan Negeri. Hakmilik sementara bersamaan dengan hakmilik Pejabat Tanah didaftarkan bagi tanah yang akhirnya akan dipegang di bawah Geran Mukim atau Pajakan Mukim.

Harap perkongsian ilmu ini memberi anda pencerahan.Amiin

About shah373591

Assalam and Good Day. I am property advisor registered with PROLANDER PROPERTIES. Actively in 2013 as the realtor who specializes in property sales in your neigbourhood. Passionate in selling , renting, buying for all kind of properties in residential, commercial, industry, and all kind of lands also. Please call/SMS/ Whatssap now at 013-3883389 to discuss the benefits I can offer as a neighborhood specialist. Looking forward to speaking with you soon, okay! Sure we'll can make a great deals! TQVM
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a comment