Sejak kebelakangan ni.. agak ramai gak yang bertanyakan pasal tanah TOL, ada yang sudah beli..ada yang bercadang nak beli dan ada yang pasang angan-angan untuk bercadang membeli…OLeh yang demikian baik aku SHARE apa yang aku FAHAM dan TAHU hal PERKONGSIAN DENGAN MEREKA YANG EXPERT…
1. Macammana nak semak status tanah?
Kita boleh semak status tanah yang kita nak mohon, kat pejabat tanah.. bahagian pelan…. apa yang penting.. semak tanah tu samada tanah rezab kee.. tanah kerajaan ke atau lain-lain. cuma tanah kerajaan dan tanah rezab jee.. kita boleh mohon tol..
2. Bagaimana prosedur permohonan tanah TOL?
Kalau tanah tuu.. dah sah, tanah kerajaan atau tanah rezab.. apa perlu kita buat?.. kita lantik juruukur.. buat ukur butiran.. ambik maklumat jalan, longkang, topografi tapak dan lain-lain. pastu juruukur akan buat pelan.. pelan tuu nanti berserta borang permohonan.. juruukur akan bagi pada pemohon untuk ditandatangan.. pastu juruukur buat submission pada pej tanah. Aku cadangkan.. bagus kalau boleh, pemohon sendiri buat follow up setiap 2 minggu, ngan pejabat tanah.. mohon percepatkan permohonan korang
3. Brapa sewa kene bayar utuk pajak tanah tersebut?
Sewa nii.. bergantung kepada pejabat tanah.. mereka akan nilai.. tapi pengalaman aku sebelum nii.. area hulu langat.. tanah tol, pertanian 3 ekar.. 150.00 jee setahun
4. Brapa lama pajakan blh dibuat?
Tol akan expired setiap hujung tahun.. pastu kita kena renew balik.. kena bayar RM150 balik.. lepas 3 tahun.. kita kena mohon balik semula.. ikut prosidur no.2
5. Bolehkah tanah TOL di buat bangunan atasnya?
Bergantung kepada syarat tanah yang kita dapat.. kalau tanah pertanian.. kita boleh buat pondok jee.. mcm stor tempat letak baja, cangkul dll. kalau syarat bangunan.. boleh buat bangunan.. tapi kena dapat persetujuan pejabat tanah
Sebagai kesimpulannya nampak mudah dan murah..tapi untuk HARI HADAPAN tak tau la pulak..silap2 penat je tanah yang diusahakan tu…sebabnya tanah nie tak ada geran dan yang penting bila nie tak ada MEMANG IA TIDAK BOLEH DI WARISI…untuk maklumat lanjut jumpalah mereka yang pakar dalam hal2 sebegini…